profile affiliates free page refresh follow
KASTEK 2015 Peringkat Negeri Sarawak


Hi ! Lama dah tak update blog . Kebelakangan ni busy sesangat , almaklumlah , mangsa SPM'15 . /cry cry/

Back to topic , sebenarnya event ni dah lama tapi baru sekarang nak update . /kuikuikui/. Event ni 2 minggu lepas cuti Penggal kedua , 15/06/2015 . Awalkan ? apa pun saya sangat enjoy walaupun tak dapat menang /huhu/ tapi takpa , kenangan untuk tahun terakhir zaman persekolahan . Dramatic gitu . Tak dapat cerita banyak sebab event ni dah lama so lupa sikit . Tengok je gambar-gambar kat bawah , Enjoy ! :-)


Pagi 15/06 . Muka excited.


Pagi 16/06 : Tadi muka excited , sekrang muka nervous . :-}

Sama juga /kihkihkih/


Yeaa ! /lol/


Pic nie ambik semasa juri tengah check peralatan


Tengah isi borang dan chck motor yang diberi .


Motor yang disediakan .


Daripada Pic ni hingga pic yang serupa macam ni merupakan pic untuk presentation .
Ni masa ukur body kereta .


Tengah taip presentation .


Soldering panel solar . gituuu


Pic ni diambik selepas habis soldering solar . ahahaha .





Terlebih kuasaaaaa !!! Problem .


Muka geram . lol . problem demi problem datang , body kereta tak lekat.


Testing time. Gear dan motor tak bersentuh . 


Kereta kami , Simple je  hahahahahahahahahahahah . -_-


Ni lepas habis peetandingan .


Ujian masa . Ni bukan perlumbaan , ni UJIAN MASA .


Okey . Kereta tak gerak 1mm pun .. -_-
(abaikan benda kuning yang lekat kat lengan aku,tu styrofoam)


Btw , ni first time dapat melayakkan diri ke peringkat negeri . Walaupun kalah tapi tetap enjoy . Kami berterima kasih kepada guru pembimbing yang telah banyak membantu , Cikgu Marziemy dan Cikgu Tay Guan Piang . Semoga team solar tahun depan akan berjaya juga !

Hari Pertandingan : Karnival Sains dan Teknologi Bahagian Sri Aman di SMK Simanggang pada 29 April 2015
Posted on Wednesday 6 May 2015 at 04:41 | 0 namStar(s)


Hi semua ! Saya sambung cerita kereta dan bot solar.

Pada hari pertandingan , semua orang happy-go-lucky masa perjalanan , tak tahu kenapa (hahaha) tapi selepas kitorang diarahkan untuk menunggu di dewan sekolah tersebut sementara menanti persembahan multimedia sekolah yang lain , disitu baru lah timbul macam-macam perasaan . Meddy dengan muka serius , Jacqualine hafal skrip  , Ruhill asyik berkipas , Keith dan Maxviell tak lengkang ketawa .

Walaubagaimanapun , selepas persembahan multimedia , masing-masing share perasaan . ahaha . Topiknya mestilah part soaljawab juri dengan peserta . Dengan soalan edisi KBAT la , edisi nonsense la , tetapi at least tetap menjawab walaupun merapu . well , ahahahaha .. okey ,kat bawah nie gambar-gambar semasa pertandingan .. Layan ~

Ketika menunggu giliran persembahan multimedia . Semua layan perasaan mas nie . Muka Meddy (lelaki yang duduk) memang x boleh blah . ahaha , gemuruh sangat ler tu

Ketika menunggu taklimat dari pihak penganjur
Pertandingan kelajuan . Saya paling kiri , baju sukan putih.

 Pertandingan kelajuan bot

Pertandingan kelajuan bot

Majlis Penyampaian Hadiah

Cikgu Tay Guan Piang menerima cenderamata sebagai Hakim Bot Solar . Cikgu Marziemy pula menerima cenderamata sebagai Hakim Kereta Solar. 

 Untuk Pertandingan Saintis  Muda , sekolah kitorang mendapat tempat ketiga.

Untuk Kategori Bot Solar pula , sekolah kitorang mendapat tempat kedua , trofi diterima oleh Keith Maxskey

Macam tak puas hati je , ahaha

Untuk Pertandingan Kereta Solar pula , kitorang dapat Johan ! Yea , trofi saya ambik , hahaha

Paling penting adalah senyum jangan malu-malu , senyum besar-besar .. ahahhaha

Gambar group.
Berdiri dari kiri : Cikgu Tay Guan Piang , Cikgu Wan Mazliani , William Chin , Ruhill Brin , Jacqualine Lesai , Meddy Chen , Maxviell Radin , Keith Maxskey dan Cikgu Marziemy
Duduk : saya tak berapa kenal , Saintis Muda


Trofi Johan !

Trofi semua

Oleh itu , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan tak kira rakan-rakan yang join pertandingan mahupun rakan sekelas yang telah benyak memberi sumbangan idea. Terima kasih juga kepada rakan rapat saya , Nadin diatas kesudian serta kesanggupannya datang petang untuk membantu walaupun tidak mengikuti pertandigan tersebut . 
Terima kasih juga kepada Cikgu Marziemy kerana memilih kitorng untuk join , Cikgu Tay Guan Piang kerana membantu menyumbang idea dan membantu persiapan persembahan multimedia , Cikgu Rachel juga , ETA sekolah kitorang , Thank you so much teacher for your help in our presentation even though we meet in the last day of preparation dan Cikgu Rahim Ajit kerana membantu dalam sumber kewangan dan sudi meminjamkan bilik psv kepada kitorng
Dan terima kasih kepada yang tak terhingga kepada yang memberi sokongan sepenhnya kepada kami.

Kitorang akan berusaha untuk mencapai kejayaan di peringkat negeri kelak pada 13 mei 2015 di Kota Samarahan.

Behind The Scene Team Solar SMK Melugu
Posted on at 03:52 | 0 namStar(s)


Hi semua ! Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di atas sokongan anda kepada team solar sekolah kami seperti post saya pada blog yang terdahulu . Sebelum itu , saya ingin memaklumkan bahawa blog saya yang terdahulu masih lagi dalam pengubahsuaian . Oleh sebab itu , blog tersebut tidak dapat diakses . 
Okey  , berbalik kepada cerita team solar . Dulu saya pernah post yang saya akan masukkan edisi khas (cewah !) behind the scene pembuatan kereta solar kitorang . Saya tak boleh nak cerita tapi tengok je la gambar kat bawah . Sesungguhnya gambar kat bawah adalah lakonan semata-mata , tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang ehem ( kahkahkha) . Sebenarnya gambar kat bawah nie untuk persembahan multimedia .
Kedua-dua pembuatan kereta dan bot solar adalah dilakukan di Bilik Seni , oleh itu kitorng amat berterima kasih kepada Cikgu Rahim Ajit (walaupun bilik tu kadang-kadang bersepah selepas kitorang guna) .

KERETA SOLAR

Team Kereta Solar SMK Melugu 2015 : (Dari Kiri) Ruhill Brin , William Chin (aku) , Jacqualine Lesai






BOT SOLAR
Untuk bot solar , saya tak simpan gambar group diorng tapi korang boleh tatap muka-muka lakonan diorng kt gambar di bawah . ahahaha .. Nanti saya akan bagi caption nama diorng kat gambar.

 Keith Maxskey Tegong

 Meddy Chen

Maxviell Radin



Semasa ujian kelajuan kereta solar dan bot solar , kitorang 1 kelas pun sempat posing-posing ambik gambar bersama guru pengiring kitorng , Cikgu Marziemy . Masalah timbul apabila team bot kehilangan model bot mereka bersama solar panel . Dengan murah hati , Cikgu Rahim Ajit sudi membantu dalam menyumbang kewangan membeli solar panel yang baharu . Kitorang amat berterima kasih di atas budi cikgu , Selain itu , kitorang amat berterima kasih kepada Cikgu Marziemy dan Cikgu Tay Guan Piang kerana sudi membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut.











Ketika melakukan ujian kelajuan bot , Meddy ternampak awan berbentuk love di langit . Apa lagi , posing ler ,




FUTURE
PAST